Monday, April 5, 2010

PERASAAN KU DETIK INI

Aku jadi tertekan bila mula menjadi perhatian ramai
Bukan terlalu mengikut kata hati tapi ini adalah reality
Terlalu sukar bagi aku menjalani hidup yang penah dengan ramai teman
Hakikatnya itu bukan teman tetapi kawan2 yang mengaku baik
Tetapi hipokrit dan lebih suka menikam dari belakang
Apa dosa aku?
Salahkah kalau aku punya nama yang semakin meningkat?
Aku tahu aku tak sempurna
Tetapi tidak bolehkah aku diberi peluang berubah?
Besar sgt ke salah aku?
Kenapa aku masih diam bila ada yang buat salah?
Kenapa tidak aku bongkarkan saja?
Terlalu baikkah aku ini?
Atau terlalu mudah kasihankan orang?
Kenapa aku terlalu sukar untuk dapatkan kawan atau teman yang betul2 berhati mulia?
Yang tulus bersahabat dengan aku?
Kenapa rata2 yang ada lebih suka tikam dari belakang,yang menggunakan erti sahabat sebagai kunci?

Friday, January 8, 2010

setiap hari yang aku lalui

makin mencabar
dan
agak tertekan
walaupun kesempitan hidup mula menjelang
tapi aku harus percaya
percaya pada diri aku sendiri
aku tidak akan mengalah lagi
aku di sini mencari redha Ilahi
mudah-mudahan akan kutemuinya disini
Ya Allah
bantulah hambaMu ini
murahkan rezekiku
permudahkan segala urusanku
lorongkanlah aku ke jalan yang diredhai olehMu
hanya padaMu aku berserah Ya Allah

Wednesday, January 6, 2010

aku sekarang

hari2 yang dilalui kini makin mencabar
aku harus sabar
harus tabah
ini jalan yg aku pilih
ini cara yang aku mahu
aku harus kuat
aku tidak boleh berhenti melangkah
walau sesusah
atau
sesukar manapun jalan ini
aku tidak mahu aku kandas lagi
ya Allah
tabahkan hatiku ini aku mohon padaMu
hanya padaMu aku berserah
Kau sudah lorongkan jalan untukku
maka
aku mohon
aku rayu
kukuhkanlah pautanku
teguhkanlah tapakku
aku mohon ya Allah

ameen

Tuesday, December 29, 2009

new life begin

assalamualaikum semua
aku kembali mengetuk papan kekunciku
aku rindu pada hidupku dulu..
tapi aku harus berhijrah
tinggalkan semua yang pernah menjadi sejarah
pahit dan manis
aku insan yang serba kekurangan
kadang2 aku dilukai
adakala juga aku telah melukai hati insan lain
aku sedih
aku kesal
terasa mahu mengalah
namun aku tidak mahu lagi menoleh
aku harus cepat sedar
aku harus bangun
membina kembali semangat juangku
moga Allah sentiasa meredhai hijrahku kali ini
aku rindukan semangat ku
keteguhan hatiku
kecekalan jiwaku
aku ingin mencari kembali
Siti Khadijah yang dulu
yang hidupnya sentiasa mengingati Allah
tidak lalai pada dunia sementara
biar aku tinggalkn bahagiaku
biar aku tinggalkan deritaku
biar semua pergi
aku tidak akan menoleh lagi
namun aku akan terus mendoakan
kenangan2 ku
mereka mewarnai hidupku dgn penuh keikhlasan
semua tu telah Allah takdirkan untukku
aku rindukan mereka
tapi aku kena kuat
aku kena lupakan apa yg terjadi
aku adalah aku yang baru
maafkan segala salah silapku
wassalam


Sunday, November 22, 2009

MAKEOVER HIGH HEEL


ni la rupa kasut yang aku beli tahun lepas kat cineleisure
bukan nak sgt pun tapi terpaksa beli sebab kasut yang aku pakai hari tu, tetiba buat hal...huhuhuhu tumit dia tanggal
rasa nak nangis ada gak..
aku pun apa lagi terus ar cari kedai kasut..
arghhh..tension2..
last2 jumpa e-kiss..sbb tu je kedai kasut yang paling dekat and jumpa dulu...huhuhuhuhu..
disebabkan kesuntukan masa...aku pun terus la grab kasut ni..
mula2 pakai mmg la cantik..maklum la kasut baru..
tapi oleh kerana warna dia putih...makanya..bila pakai lama2
mula la dia jadi tak comey..
cian kasut tu..habis calar-balar..
aku sayang sgt kasut ni,sbb warna dia..aku ni fanatik sikit dgn warna putih..
so..sbb dah jatuh cinta sgt dgn kasut ni..aku pun telah melakukan makeover pada dia..
JOM TGK APA DH JADI
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
ni la rupa bentuk kasut aku yang telah di'makeover'kan oleh
aku sendiri...rasa bangga lak bila kasut dah jadi cantik..hehehehe
cantik tak..?


bak kata adik aku yang kecik tu mcm kasut pengantin..huhuhu
lambat lagi laa kak long nak kawen dik..cantik kan...?
hope pas ni kasut ni akan berjasa lagi pada aku..
cian dia..habis bercalar..
tuan dia je nak cantik...
tapi dia penuh calar...
xpe pasni..kita makeover lagi ea wahai kasut e-kiss ku sayang....=)

Saturday, November 21, 2009

36 DAYS IN HOSPITAL

36 hari
tempoh yang bukan sekejap
malah memakan masa yg lama
itulah apa yg aku baru lalui
satu episod hidup yg tidak dijangka
bukan perkara mudah
bagi seorang insan biasa
untuk berhadapan dgn org sakit
dikelilingi org sakit
dan
menguruskan org sakit
maaflah
sudah terlalu lama kiranya
aku tidak mencoret di laman ini
hurm...
sedih,rindu dan sepi
semua rasa
berpadu jadi satu
agak tertekan
tapi byk memberi manfaat
bukan mudah untuk seorang perempuan
bila berada dalam kelompok lelaki
ya..
itulah kenyataan
aku terpaksa jaga adik aku yg accident
dan
adik aku lelaki
berada dlm wad yg dipenuhi lelaki
dan
ternyata hanya aku perempuan
knp..?
sbb adik aku sorg je yg ada penjaga
rasa simpati tumpah
mencurah-curah
melihat insan yg sakit
tidak dpt bergerak normal
tapi sendirian
tanpa penjaga
mahu atau tak
aku terpaksa menolong
mulanya rasa terpaksa
rasa tertekan
tapi bila masa berlalu
pesakit silih berganti
itu sudah menjadi rutin
bukn hanya menguruskan adikku
tapi turut membantu menguruskan pesakit lain
bukan nak tunjuk baik
tapi hati aku yang berdetik begitu
sayu bila lihat
ada yang
mengaduh kesakitan
situasi yg paling terkesan sekali pada aku
bila ada sorg patient
tak putus2 menyebut nama Allah
syahdu kurasa
KEPATAHAN
bukanlah sesuatu yg dpt diterima
oleh akal waras
sedih
tersayat hati bila ada yg meraung kesakitan
mungkin sudah tidak ditanggung
kesakitan yg mencengkam
ada juga yg dikhabarkan
telah meninggal
rasa kehilangan dan sedih sekali
menguruskan seorg adik yg tidak dpt bergerak
adalah sesuatu yg amat mencabar bg aku
bukan mudah sbnrnya
semua dilakukan atas katil
tumpah rasa kasih pada adik
wlupun kdg2 rasa tersentak bila dimarahi
aku tahu dia sakit
dan
dia hny menyatakan rasa sakitnya
ya Allah
itu baru sakit dunia
bagaimana sakit di akhirat kelak
moga adik aku cepat sembuh..
mudah2an Allah permudahkan segalanya..
ameen


Wednesday, October 14, 2009

HATI KITA MILIK KITA,TAPI HATI INSAN LAIN BUKAN MILIK KITA

Jika kamu memancing ikan....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup

Begitulah juga........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....

Cukuplah sekadar KEPERLUANmu...

Apabila sekali ia retak....

Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....

Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa...

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....

Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya...

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...

Yang kamu pasti baik untuk dirimu.

Mengenyangkan .

Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...?

Terlalu ingin mengejar kelazatan...

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...

Kamu akan MENYESAL...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....

Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu...

MENYAYANGIMU...

MENGASIHIMU...

Mengapa kamu berlengah...?

cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...?

Terlalu mengejar KESEMPUNAAN...?

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..

Kamu juga yang akan MENYESAL....

Related Posts with Thumbnails