Saturday, November 21, 2009

36 DAYS IN HOSPITAL

36 hari
tempoh yang bukan sekejap
malah memakan masa yg lama
itulah apa yg aku baru lalui
satu episod hidup yg tidak dijangka
bukan perkara mudah
bagi seorang insan biasa
untuk berhadapan dgn org sakit
dikelilingi org sakit
dan
menguruskan org sakit
maaflah
sudah terlalu lama kiranya
aku tidak mencoret di laman ini
hurm...
sedih,rindu dan sepi
semua rasa
berpadu jadi satu
agak tertekan
tapi byk memberi manfaat
bukan mudah untuk seorang perempuan
bila berada dalam kelompok lelaki
ya..
itulah kenyataan
aku terpaksa jaga adik aku yg accident
dan
adik aku lelaki
berada dlm wad yg dipenuhi lelaki
dan
ternyata hanya aku perempuan
knp..?
sbb adik aku sorg je yg ada penjaga
rasa simpati tumpah
mencurah-curah
melihat insan yg sakit
tidak dpt bergerak normal
tapi sendirian
tanpa penjaga
mahu atau tak
aku terpaksa menolong
mulanya rasa terpaksa
rasa tertekan
tapi bila masa berlalu
pesakit silih berganti
itu sudah menjadi rutin
bukn hanya menguruskan adikku
tapi turut membantu menguruskan pesakit lain
bukan nak tunjuk baik
tapi hati aku yang berdetik begitu
sayu bila lihat
ada yang
mengaduh kesakitan
situasi yg paling terkesan sekali pada aku
bila ada sorg patient
tak putus2 menyebut nama Allah
syahdu kurasa
KEPATAHAN
bukanlah sesuatu yg dpt diterima
oleh akal waras
sedih
tersayat hati bila ada yg meraung kesakitan
mungkin sudah tidak ditanggung
kesakitan yg mencengkam
ada juga yg dikhabarkan
telah meninggal
rasa kehilangan dan sedih sekali
menguruskan seorg adik yg tidak dpt bergerak
adalah sesuatu yg amat mencabar bg aku
bukan mudah sbnrnya
semua dilakukan atas katil
tumpah rasa kasih pada adik
wlupun kdg2 rasa tersentak bila dimarahi
aku tahu dia sakit
dan
dia hny menyatakan rasa sakitnya
ya Allah
itu baru sakit dunia
bagaimana sakit di akhirat kelak
moga adik aku cepat sembuh..
mudah2an Allah permudahkan segalanya..
ameen


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails