Tuesday, December 29, 2009

new life begin

assalamualaikum semua
aku kembali mengetuk papan kekunciku
aku rindu pada hidupku dulu..
tapi aku harus berhijrah
tinggalkan semua yang pernah menjadi sejarah
pahit dan manis
aku insan yang serba kekurangan
kadang2 aku dilukai
adakala juga aku telah melukai hati insan lain
aku sedih
aku kesal
terasa mahu mengalah
namun aku tidak mahu lagi menoleh
aku harus cepat sedar
aku harus bangun
membina kembali semangat juangku
moga Allah sentiasa meredhai hijrahku kali ini
aku rindukan semangat ku
keteguhan hatiku
kecekalan jiwaku
aku ingin mencari kembali
Siti Khadijah yang dulu
yang hidupnya sentiasa mengingati Allah
tidak lalai pada dunia sementara
biar aku tinggalkn bahagiaku
biar aku tinggalkan deritaku
biar semua pergi
aku tidak akan menoleh lagi
namun aku akan terus mendoakan
kenangan2 ku
mereka mewarnai hidupku dgn penuh keikhlasan
semua tu telah Allah takdirkan untukku
aku rindukan mereka
tapi aku kena kuat
aku kena lupakan apa yg terjadi
aku adalah aku yang baru
maafkan segala salah silapku
wassalam


Sunday, November 22, 2009

MAKEOVER HIGH HEEL


ni la rupa kasut yang aku beli tahun lepas kat cineleisure
bukan nak sgt pun tapi terpaksa beli sebab kasut yang aku pakai hari tu, tetiba buat hal...huhuhuhu tumit dia tanggal
rasa nak nangis ada gak..
aku pun apa lagi terus ar cari kedai kasut..
arghhh..tension2..
last2 jumpa e-kiss..sbb tu je kedai kasut yang paling dekat and jumpa dulu...huhuhuhuhu..
disebabkan kesuntukan masa...aku pun terus la grab kasut ni..
mula2 pakai mmg la cantik..maklum la kasut baru..
tapi oleh kerana warna dia putih...makanya..bila pakai lama2
mula la dia jadi tak comey..
cian kasut tu..habis calar-balar..
aku sayang sgt kasut ni,sbb warna dia..aku ni fanatik sikit dgn warna putih..
so..sbb dah jatuh cinta sgt dgn kasut ni..aku pun telah melakukan makeover pada dia..
JOM TGK APA DH JADI
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
ni la rupa bentuk kasut aku yang telah di'makeover'kan oleh
aku sendiri...rasa bangga lak bila kasut dah jadi cantik..hehehehe
cantik tak..?


bak kata adik aku yang kecik tu mcm kasut pengantin..huhuhu
lambat lagi laa kak long nak kawen dik..cantik kan...?
hope pas ni kasut ni akan berjasa lagi pada aku..
cian dia..habis bercalar..
tuan dia je nak cantik...
tapi dia penuh calar...
xpe pasni..kita makeover lagi ea wahai kasut e-kiss ku sayang....=)

Saturday, November 21, 2009

36 DAYS IN HOSPITAL

36 hari
tempoh yang bukan sekejap
malah memakan masa yg lama
itulah apa yg aku baru lalui
satu episod hidup yg tidak dijangka
bukan perkara mudah
bagi seorang insan biasa
untuk berhadapan dgn org sakit
dikelilingi org sakit
dan
menguruskan org sakit
maaflah
sudah terlalu lama kiranya
aku tidak mencoret di laman ini
hurm...
sedih,rindu dan sepi
semua rasa
berpadu jadi satu
agak tertekan
tapi byk memberi manfaat
bukan mudah untuk seorang perempuan
bila berada dalam kelompok lelaki
ya..
itulah kenyataan
aku terpaksa jaga adik aku yg accident
dan
adik aku lelaki
berada dlm wad yg dipenuhi lelaki
dan
ternyata hanya aku perempuan
knp..?
sbb adik aku sorg je yg ada penjaga
rasa simpati tumpah
mencurah-curah
melihat insan yg sakit
tidak dpt bergerak normal
tapi sendirian
tanpa penjaga
mahu atau tak
aku terpaksa menolong
mulanya rasa terpaksa
rasa tertekan
tapi bila masa berlalu
pesakit silih berganti
itu sudah menjadi rutin
bukn hanya menguruskan adikku
tapi turut membantu menguruskan pesakit lain
bukan nak tunjuk baik
tapi hati aku yang berdetik begitu
sayu bila lihat
ada yang
mengaduh kesakitan
situasi yg paling terkesan sekali pada aku
bila ada sorg patient
tak putus2 menyebut nama Allah
syahdu kurasa
KEPATAHAN
bukanlah sesuatu yg dpt diterima
oleh akal waras
sedih
tersayat hati bila ada yg meraung kesakitan
mungkin sudah tidak ditanggung
kesakitan yg mencengkam
ada juga yg dikhabarkan
telah meninggal
rasa kehilangan dan sedih sekali
menguruskan seorg adik yg tidak dpt bergerak
adalah sesuatu yg amat mencabar bg aku
bukan mudah sbnrnya
semua dilakukan atas katil
tumpah rasa kasih pada adik
wlupun kdg2 rasa tersentak bila dimarahi
aku tahu dia sakit
dan
dia hny menyatakan rasa sakitnya
ya Allah
itu baru sakit dunia
bagaimana sakit di akhirat kelak
moga adik aku cepat sembuh..
mudah2an Allah permudahkan segalanya..
ameen


Wednesday, October 14, 2009

HATI KITA MILIK KITA,TAPI HATI INSAN LAIN BUKAN MILIK KITA

Jika kamu memancing ikan....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup

Begitulah juga........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....

Cukuplah sekadar KEPERLUANmu...

Apabila sekali ia retak....

Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....

Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa...

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....

Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya...

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...

Yang kamu pasti baik untuk dirimu.

Mengenyangkan .

Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...?

Terlalu ingin mengejar kelazatan...

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...

Kamu akan MENYESAL...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....

Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu...

MENYAYANGIMU...

MENGASIHIMU...

Mengapa kamu berlengah...?

cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...?

Terlalu mengejar KESEMPUNAAN...?

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..

Kamu juga yang akan MENYESAL....

Sunday, October 11, 2009

WEEKEND YANG BAHAGIA

ermm..mood raya belum habis lagi
semalam masak mee kuah
kawan2 adik datang beraya kat umah
bahagia sangat bila tengok diorg menikmati makanan yang ada
rasa puas tu terbit
sebab bila masak
kita akan masak dengan penuh kasih sayang
jadi bial orang makan
rasa tercurah kasih sayang tu pada semua
bahagia sangat rasa
rasa kecintaan aku pada masakan dan makanan
benar2 buat aku rasa puas hati bila tengok orang makan
aku memang suke makan
sanggup aku jalan jauh untuk makan apa yang aku suke
dan yang pasti satu sifat aku
bila aku suka
aku akan belajar masak makanan tu sampai jadi
first time dulu..
masakan pertama aku
"ikan lengat masak sambal"
alaa..lebih kuarang mcm wat sambal tumis utk nasi lemak tuu..
aku suke masakan pedas
jadi aku belajar masak
kali pertama masak cili aku xmasak/pecah minyak
huhuhu..
memang reject terus laa
xsedap langsung
sbb cili tu mmg rasa xmasak..
mak aku terus cakap
xboleh kawen lagi la mcm ni..
xpe..
aku cuba lagi
masak bnda yang sama
kali ke2 lak
hihihi..
cili masak elok tapi aku letak minyak sikit
konon2 nk jaga kesihatan
wakakakak..
mmg jadi mcm aku goreng cili sampai kering
last skali bru masuk ikan
huhuhu..
buruk bebenor rupe ikan aku..
sbbnya sambal jadi berketul-ketul
ikan lak xsebati kena sambal
xpe
xpe
aku tetap nak masak gak
mana boleh putus asa awal2
nnt law aku dh tinggal sndiri
sape nk masak kt aku kn..
jadi utk kesekian kalinya aku masak jugak bnda yg sama
..LASTLY..
yea..yea..
akhirnya dengan jayanya
aku dgn bangga mndapat pujian yang xterhingga
huhuhuhu..
aku ni sbnrnya boleh masak
cuma malas je..
(mak yg kate)
hehehe
best sgt..
pas2 trus berkobar-kobar nk masak mcm2
hingga hari ni
aku dh berjaya menghidangkn
masakan yg penuh kasih sayang dan energy aku
aku gembira
dan
aku dh buat org yg mkn masakan aku juga gembira
adik2 aku yang comel2 tu asyik mnta masak nasi ayam
favorite diorg tu
suh mkn kt kedai xnk
nk k.long masak gak..
cian diorg
tunggu gaji nnt laa
aku beli ayam aku masak ye sayang
kak long sayang adik2 k.long..
...mmmuuuahhxx...

Monday, September 7, 2009


happy to be with my lovely mom again
and with my brother n my "si kecik" also my brother
with my "little" salary i can buy them "baju raya"
so happy n proud to be a sister to my 'adik-adik'
kak long love all of you very much
also to my mom, i've buy her nice n lovely red 'baju raya'
she so happy now with our life
without any annoying person
she look like more strong n calm now
proud to be her only daughter i also share her 'kekuatan'
to be a strong person is so hard if we cannot control our mind and heart..
dunno what to write
just a little happiness to share

Tuesday, June 30, 2009

hati aku sedih,rindu dan terkilan

aku dh malas nk tulis apa2 sal org lain ag
biar la aku cite sal diri aku dan family aku
semalam
aku dh kehilangan org yg aku syg sgt2
atuk aku
dia adalah org yg besarkn aku
dari aku umur satu hari lagi
dia syg sgt kt aku
masa aku sakit
dia adalah org yg paling risau selain mak aku
aku masih igt wktu aku sakit truk dulu
dia smpai xtido mlm
dia jaga aku dgn baik
wlupun aku ni byk kerenah
dia tetap sabar jaga aku
aku ni terlalu dimanjakan oleh atuk aku
dia suka masak makanan kegemaran aku
tapi semalam
dia dh pergi selama-lamanya
aku dh kehilangan insan yg paling aku syg
dan
memahami aku
lepas ni dh xda dh org yg akan buat ketupat jagung lagi utk aku
dh xde lagi org yg nk masak bubur nasi yg sedap utk kau
dh xde la lagi org yg nk bekalkn muruku utk aku masa nk balik shah alam
aku betul2 rasa kehilangan
aku rindu atuk aku
nnt dh xde org yg nk dgr aku berceloteh
nnt dh xde org yg nk amik berat sal aku lagi
aku terlalu sedih
aku rindu atuk aku
aku kesal sgt2
sbb ms dia sakit aku xdpt jaga dia
aku xsmpat pun tgk dia ms dia masih bernyawa
aku balik
tgk dia dh pergi
jauh
jauh
jauh
jauh tinggalkn aku
moga Allah terus cucuri rahmat pada atuk
atuk
along rindu atuk





Friday, May 29, 2009

aku,diriku dan jiwaku

menjawab pada soalan yg diajukn pada aku tempoh hari
adakah hidup aku ni terlalu susah
atau
dalam erti kata lain, miskin
the answer is YES
kenapa?
sbb utk pengetahuan pihak yg bertanya
dan utk pengetahuan pihak yg sibuk nk tahu sgt2 sal aku
aku akan tulis kat sini
aku ni ada 2 beradik
aku anak sulung
masa aku umur 3 tahun and adik aku 2 tahun
parents aku divorce
faham x mksud divorce?
bercerai
bila bercerai mknanya
aku ni xda salah seorg parents aku laa
aku dgn adik aku tinggal dgn mak aku
sbb mahkamah syariah dah putuskan mcm tu
dalam pd tu jugak
bapak aku diarah berikan nafkah 300/month
tapi
apa yg dikesalkn
after divorce tu dia mmg bg 300
tapi hny sekali
wktu mula2 divorce je
aku n adik aku hidup teramat laaa susah
mak aku lagi la tersiksa
dh janda kan
mcm2 org hina
masa tu gaji mak aku ni berapa ratus je
tapi dia trus besarkn kami 2 beradik
aku dgn adik aku
susah sgt nk jumpa mak kami sendiri
sbb mak aku keje kuat sgt
nk sara kami
waktu aku darjah 1
aku g sekolah pun xsmpat jmpa mak aku
seminggu boleh jmpa mak aku hari ahad je
aku kesian sgt bila adik aku nangis nk mak aku
masa aku darjah 2
adik aku pun mula sekolah sama dgn aku
masa tu aku kena jaga adik aku
org mmg akan anggap tu perkara biasa
tapi apa yg org xtawu
aku masa umur 8 tahun dh kena balik sekolah naik bas awam
dan waktu tu jugak kena melindungi seorg adik
aku igt lagi bila naik bas je
aku msti takut
taw kenapa?
sbb aku xsampai nk petik loceng
adik aku lak suka takut2 n dia mcm gelabah sket
bila xda org yg akan turun sama tmpat dgn kami
aku lah org yg paling takut skali
loceng dulu bukan mcm loceng skrg
loceng dulu kena tekan kuat2
cuba bayangkn tenaga seorg budak 8 tahun nk tekan loceng tu
adik aku dulu slalu kena buli
wlupun dia lelaki
aku la tmpt dia bergantung
law org lain kt tmpat aku
aku xtaw laa
apa la daya budak 8/9 tahun utk defend adik dia
bila adik dia kena buli dgn sekawan budak lelaki lain
ok la setakat tu
aku dgn adik aku dulu g sekolah
mkn makanan RMT je
duit poket hny utk tambang bas dan ada sedikit baki
law beli makanan
bermkna kami xboleh balik
kami mmg ada bapak
tapi kami mcm anak2 yg terbiar
pastu
bila aku darjah 4
mak aku dh dpt keje bagus
n kami senang sikit
tapi bahagia tu hanya sementara
masa aku darjah 5
mak aku kahwin dgn bapak tiri aku
mula2 mmg baik
biasa la masa mula kan
mcm kita berkawan gak laa
ms mula je baik
mak aku kahwin tu bukan atas kehendak dia
tapi sbb nenek aku yg suruh
ok mak aku taat
bapak tiri aku tu lak bukan duda atau bujang
tapi dia dh ada family sendiri mak aku ni wife no 2 je
mak aku terpaksa hidup bermadu
sbb mulut manis lelaki mak aku yg derita
hidup kami mula derita
aku kena pindah sekolah waktu aku nk UPSR
pas tu form 1 aku dihantar ke sekolah asrama yg jauh dari umah
tujuannya utk jauhkn aku dari mak aku
hmmm...
mmg sedih kan
bila ada org yg nk pisahkn kita dari mak kita sendiri
pas aku dihantar jauh
adik aku jugak dihantar ke sekolah yg sama
deritanya kami kat sana
xda org tahu
yg org tahu
aku dgn adik aku ni budak baik
baik mmg baik
tapi dalam hati memberontak
pas PMR aku nk sgt pindah skolah
aku ckp dgn mak aku nk amik sains
mak aku pun bagi la
bukan aku je yg pindah skolah
adik aku pun pndah skolah gak
sbb dia xnk jauh dari aku
bukan sbb dia manja
tapi sbb aku je yg dia ada
bila masuk skolah baru
suasana agak gembira
tapi
kusangka panas hingga ke petang
rupanya hujan di tgh hari
ada lak sorg cikgu ni rupa2nya kwn madu mak aku
dia pun dgn rasa bangga tlah menjadi "spy" pd mak tiri aku
aku xda mslh pn nk hormat org
tapi aku heran sgt npe mak tiri aku tu dengki sgt kt mak aku
hmmm...
bila disiasat
rupa2nya
dia xnk aku ni lebih dari anak perempuan dia
law aku pakai cntik
anak dia kena pakai lagi cntik
law aku pandai
anak dia kena lagi pandai dari aku
cabaran pun bermula
first
aku difitnah ada hubungan dgn sorg budak laki ni
utk pertama kalinya
mak aku kena g jmpa ckgu disiplin
mak aku agak xpercaya la sbb aku xpnh pun ada mslh sblm ni
jadi mak aku ni pergi la skolah
ckp dgn ckgu tu
mak aku bukan org bodoh utk ditipu
bila ckgu tu cite mcm2 hbs je dia cite
mak aku pun tny la satu soalan
"ckgu ada bukti ke nk tuduh anak saya mcm tu..?"
ckgu tu kata xda tapi ada org gtaw dia
mak aku jd geram laa
dia tny lagi
"law xde bukti knp xsiasat dulu,
mn boleh hukum anak sy mcm tu je..?"
ckgu tu terdiam laa
mak aku pun kata lagi kt dia
"skrg nama anak sy dh buruk,
sape yg nk bersihkn balik nama dia..?
cikgu nk buat announcement kt perhimpunan ke..?"
tu la mak aku
dia susah nk caye anak dia
tapi dia jugak susah nk caye org lain
apa2 hal pun siasat dulu bukan melatah dan bertindak gila
peristiwa tu aku igt smpai skrg sbb maruah aku tercalar
aku smpai jatuh sakit ms SPM yg mendesak aku utk ke hospital kul 3 pagi sedangkn esok tu aku ada paper kimia
aku igt hbs setakat tu
masuk form 6
bila ada senior laki yg rapat dgn aku
mula laa ada yg dengki mcm2 cerita buruk sal aku keluar
sedih..?
jgn cakap laa
terlalu sedih smpai xleh nk nangis
tapi biar la kan
hidup xda cbrn ni bukan hidup namanya
pas STPM aku xdpt mn2 tawaran
aku sedih sgt
aku rasa gelap dunia
smpaikn bila nk hntr adik aku g kampus aku mesti nangis
dah mcm org xbetul dah
adik aku slalu bg nasihat suh tabah n doa
dia ckp nnt ada la rezeki aku
aku xpuas ati dgn result aku
jadi aku ckp dgn mak nk repeat
berkali kali mak aku tny aku serius ke
dan jwpn aku "yes"
pas exam
sementara tunggu result
aku pun keje kt klinik dkt dgn umah aku
duit gaji tu aku simpan separuh,bg kt mak sikit
dan
adik aku yg dkt uitm sikit
pas result kuar
aku pun apply la Msu n beberapa U lain
dah keje beberapa lama
aku pun dapat tawaran masuk MSU
aku happy,mak happy,adik aku pun happy
diorg suka sgt tgk aku semangat nk blaja lagi
tapi satu je mslah kami waktu tu
mak aku baru tukar keje
gaji masih sikit
yuran pendaftaran aku nk kena bayar
aku hmpir putus asa sbb xda duit
tapi tetiba Allah bantu aku
aku teringat sal duit yg aku simpan
aku guna duit tu la utk beli keperluan aku
dan utk bayar yuran pendaftaran
pas confirm
aku pun anta surat resign aku kt doktor aku
seminggu sblm aku dtg MSU
tapi oleh kerana xcukup staff
doktor mnta aku keje lagi seminggu sbb staff baru nk kena trainning dulu susah la sbb aku xda
jadi aku pun keje sbb igt kesian kt doc aku tu
Allah mmg benar2 tolong aku
keje seminggu aku doc tu bagi aku cash check RM500
mmg nilai tu xsebesar mn
tapi cukup utk buatkn aku panjatkn rasa syukur pada Ilahi
aku masuk MSU dgn duit aku
dan duit RM500 yg doc bagi tu aku buat blanja kat cni
aku xda pun berhutang dgn org utk kesenangan aku
penah aku xmkn sbb xda duit
tapi aku xmerungut pun
aku bercerita bukan utk dpt simpati sesapa
tapi the truth is aku mmg kena sara diri aku sendiri
aku mmg anak org susah
bapak kandung aku mmg kaya
ada BMW
ada byk duit
tapi law dia xpnh peduli sal anak2 dia
suma harta tu xda nilai pun bg aku dgn adik aku
mak aku every month akan bg RM300 kat aku utk sebulan
aku kena byr sewa RM150 skali dgn bil
dlm tangan tinggallah RM 150 lagi
dgn duit tu la aku hidup utk sebulan
mak aku yg gaji kecik tu la yg bagi aku duit blanja
aku ni dh mcm xda bapak
tapi itu la hidup aku
aku keje mmg utk sara diri aku dan aku mmg susah
bukan nk mengada adakan cerita mcm yg org ckp
aku tulis kt cni sbb aku nk org tahu siapa aku sbnrnya
aku dh letih bila org ckp yg bukan2 sal aku
yes
dulu aku xdpt nk siapkn assignment awal
kenapa?
ada sesapa tny?
sbb aku xda PC or laptop
nk g cc?
law duit xda mcm mn nk gi?
nk pinjam org punya?
boleh mmg boleh
tapi org pun nk guna
aku ni mmg suka bg byk alasan kan?
tapi ada x org yg kata aku ni suka bg byk alasan tu fikir
law dia kt tmpat aku
adakah dia akan bg alasan yg sama?
totally alasan dia msti sm dgn aku
jgn compare aku dgn org lain
sbb keadaan aku dgn org lain xsama
hina la aku smpai bila2
aku dh xkisah
tapi
igt laa
kesenangan skrg xkn berkekalan
lebih baik xda kwn drpd ada kwn yg menghancurkan
skali buat salah
kebaikan yg seratus kali dulu sng2 je lupa
skali buat salah
dh kena avoidkn diri
skali buat salah
canang satu dunia aku salah
ada lak tu ckp aku ni suka putar belit
sedar x sape yg suka putar belit sebenarnya..?
ckp dgn aku jgn cite mslh kwn2 kt "org baru"
tapi jgn igt aku xtahu
org yg nasihat aku tu pun sbnrnya g cerita kt "org baru"
yg aku ni jahat..
siap nk pisahkn aku dari couple aku
baik ke mcm tu..?
hari ni buat kt aku
nnt tgk laa
kwn yg disangka baik tu laa akn rosakkn hidup korg
aku xnk hukum sesapa
aku tunggu Allah je yg hukum org tu
cuma aku nk igtkan
sblm tegur org
tegur la diri sendiri dulu
bukan professional namanya law ada selisih faham
gi jmpa org tu dan menjerit jerit n maki hamun
law rasa diri betul knp xbg peluang pihak kedua tu bersuara?
ada x cermin diri sendiri..?
ada x fikir betul atau x apa yg dikatakn..?
bila dh g herdik tengking org dan trus salahkn org tu
mknanya diri sendiri xdpt nk trma kenyataan
dan
apa yg org tu kata ada betul sbnrnya..
ok laa dh pnjng sgt
smpai cni je laa
nnt ckp byk
byk lak salah silapnya
nnt ada lak yg terasa
dan ada jugak yg nk report..
nice day..;-) winks

Sunday, May 24, 2009

aku rasa lemah sangat..

gmbr aku masa nk gi keje


khamis ari tu aku xgi kelas
aku bangun lambat..
sedih sangat2..
aku rasa rugi sangat..
dh la nk dekat exam dh..
hurmmm...sehari sebelum tu aku kelas kul 9
wlupun aku penat..
tapi aku berjaya jugak hadirkan diri ke kelas
agak mengantuk sbb balik keje kul 11malam
pastu aku tido lewat lak sbb nk siapkan tugasan..
tapi aku jd sedih sbb hari khamis tu aku xdapat nk bangun
sedangkan kelas aku kul 10
lewat sejam dari hari rabu..
kenapa aku xboleh bangun..???
kenapa la aku jadi lemah macam ni..?
aku kena kuat semangat sebab aku xde sesapa nk tolong aku..
dah la kawan2 pun xda
bukan xnk berkawan tapi..
bila berkawan..
banyak hati nk kena jaga..
aku ni dalam kelas..
xda pn orang perasan kehadiran aku..
aku ni mcm invisible..
ye laa..
aku maybe xpandai mcm org lain kot
ataupun aku ni mmg xmenarik minat org langsung utk dekat dgn aku
sume "maybe"
mungkin jugak kawan2 aku dulu ada citer sumthin' sal aku
itu aku xtawu laa..
sbb aku dgr ada org ckp budak kelas tu sume xsuka aku..
sejauh mn kebenaran tu aku xtawu laa..
sbb ada jugak yg menafikan..
dan ada jugak yg layan aku mcm biasa..
mungkin betul apa ckp mak aku..
masa mula2 datang MSU..
aku dgn mak aku tgk sorg budak ni jln sorg2
mak aku pun kata..
nnt kak long jd mcm tu laa
jln sorg2..
itu bukan doa sbnrnya
tapi mak aku dh tawu apa akn jd dkt aku
sbb byk yg iri ati dgn aku
dan sume nk jatuhkn aku
xboleh tgk aku senang
wlupun aku xpenah ganggu hidup diorg..
nk buat mcm mn dh itu nasib aku..
kita ni kena ada harta,kedudukan
baru ada org nk dekat..
baru ada orang nk pandang..
masa tu baru sume org nk ngaku kawan..
ye la satu lagi..
aku xcantik..
org kampung..
"kolot"
xpandai bergaya..
tu laa...
sahabat senang sahabat ketawa
senang nk dapat
sahabat susah sahabat sedih
aku xjmpa lagi..

Saturday, May 2, 2009

Dunno what to do...

rasa kebosanan tahap maksima bila kena tinggal kt umah sewa sorg2
aku rasa cam nk bunuh diri pun ada gak..
hahahaha.....
aku dh xtaw nk buat apa dh ni..
wahai kawan2 ku sekalian
di manakah kalian semua sekarang
law la aku ada sen yg byk dh lama dh aku g jenjalan
sorg2 pun xpe
yg penting aku xla la mcm "ayam berak kapur"
mcm skrg..
huhuhuhuhu..
sedar x kita yg bila duduk umah
24 JAM
kita akn rasa laaaagggiiiii
LETIH..
hurmmm...
mommy...i mish you..
deritanya bila tinggal sorg2..
xde org nk buat teman berbual...
huhuhuhuhuhu..

Wednesday, April 29, 2009

sumthin' special...to whom..??me laaa

comel x..??
ni la teddy bear yg aku dpt masa b'day aku hari tu..
how i feel..??

of course la happy

happy mcm mn..?

hmm..happy yg teramat sgt tk dpt nk digmbrkn dgn perasaan..

huhuhuhu..

mcm dh kembali ke zaman kanak2 lak aku ni kn..
nk buat mcm mn kan aku mmg mcm ni..

whatever i do i'll feel sooooooo excited..

hahahahaha..

ni law my mom ada ni dh lama aku kena sekeh sbb dia pn rimas sket bila aku ni suka gelak2 n berperangai mcm budak2..
tapi slalunya dia xleh nk mrh pun sbb xsmpai ati tgk muka seposen aku yg comel lg cute ni...

hahahaha..perasan lak aku..
hmmm..rindu lak kt my mom....
tapi xpe..
nnt aku balik laaa...

k la nk prepare utk presentation sok..

huhuhuhu..
benci betol aku nk kena ckp2 kt depan...

tp xpe dh mmg bidang aku kan..

kuakuakuakua...










Sunday, April 26, 2009

menanti detik menghitung waktu


hmmm...hari ni 26 hrbln time tgh taip blog ni ada ag bape jam je nk cukup umo aku 22 tahun..
hmmm..windu sgt kt mak n family aku..wlupun xda kek or present tp aku bahagia bila time b'day aku ada dgn diorg..kt cni aku pun xtaw mcm mn b'day aku akan disambut
aku xnk pun...hadiah aku nk family aku wawawawawa...
abah aku kt cni pun ntah igt ntah tdk b'day aku...hmm aku x harap sgt dia igt sbb dia xde pun naluri utk anggap aku mcm anak dia...sbb dh lama sgt kot xjmpa aku..bukan xleh jmpa tp sengaja xnk jmpa...ntah laa..kekesalan ni buat aku rs nk nangis n sedih sgt2...
HAPPY BIRTHDAY TO ME..MOGA PANJANG UMO MURAH REZEKI...

Monday, April 13, 2009

selepas sebulan bercuti...

ms aku balik kg cuti sem baru2 ni aku tinggal kt umah dgn mak aku je..
cian sgt kat mak dah la duduk umah sorg2,ntah mkn ntah tidak..adik aku yg kecik tu baru standard 1 tapi dh kena g asrama..cian sgt..tiap kali gi tgk kecik tu kt hostel mesti dia nangis nk balik..mak aku pun serba salah sgt aku tgk..mesti mak aku sedih sbb dh la duduk umah sorang2 pas2 anak yg kecik hari2 nk manja kena lak g duduk asrama..mmg aku mrh sgt.ni sume gara2 bapak tiri aku..langsung tk fikir apa org rasa..nama je cikgu tapi buat apa pun xnk fikir..aku sian sgt kt mak aku tu..makan hati smpai kurus..law aku taw la dari dulu ag nk jd mcm ni aku dgn adik aku xkn bg punya mak aku kawen dgn dia..rasa geram sgt..tapi itulah kehidupan..

Sunday, March 8, 2009

ALL ABOUT ME..

Lahir pada 27 April 1987 dkt Penang..and my name is Siti Khadijah..first education dkt Tadika Kemas,Kg Besar..area2 umah atuk laa..pas2 lanjutkn pelajaran ke SK Kg Selamat,Tasek Gelugor..tapi smpai standard 5 je..sbb pindah umah jd kena la pindah sekolah gak..pas UPSR
sambung kat SM Keb Kulim seminggu je sbb my mom suh g blaja agama kt SM Tarbiah Diniah Kulim..tp mampu bertahan 8 bulan je..and my mom anta lak g seklah ada asrama..jd aku pun sambung laa form 1 kt SMA Yayasan Khairiah,Kedah..sampai la form 3..sbb pindah kali ni lak bkn atas alasan xtahan tapi nk amik aliran sains..sekolah tu xda course tu jd kena la pindah..
form 4 pun start laa kt sekolah baru,SMK Dato' Hj Ahmad Said,Sg Dua,Penang..after SPM mohon matrik tp xdpt..IPT pun xdpt..mls nk buat rayuan jd menonong je la g amik form 6 dkt SK Dato' Hj Ahmad Badawi.Penang..aliran syariah..sbb ada cita2 nk jd lawyer..pas STPM xdpt ag offer smbung blaja..beranggapan result kurang bagus,jd aku pun repeat STPM..sbnrnya result tu ok tp ntah la ada kesilapan teknikal yg buat aku dgr ckp org..rasa bodoh sgt..buang masa je..
tp xpe sbb pas2 aku dpt sambung kt MSU-management n science university-Bachelor of Law n Commerce skrg ni..Alhamdulillah..
tapi aku ada la sikit nyesal sbb aku dh xmcm dulu..sbb bila aku ada hubungan dgn laki keabdian aku pd Allah makin susut..Ya Allah berdosanya aku..rasa byk sgt dosa aku..hurmmm..
Related Posts with Thumbnails